Pelancaran Rasmi “JR Sahara Playland” Di AEON Shah Alam

Jr Sahara Playland adalah sebuah jenama baru taman permainan kanak-kanak
(Tertutup) yang telah diusahakan oleh syarikat Pelangi Planet Sdn. Bhd. yang
diketuai oleh En Raff Tarmizi selaku Ketua Pegawai Operasi dan dipengerusikan
oleh Dato’ Mirnawan Bin Datuk Haji Nawawi.


Jr Sahara Playland memiliki keunikannya yang tersendiri apabila mengenengahkan
konsep, hiasan dalaman dan persekitaran yang bertemakan ciri-ciri dunia padang
pasir Sahara yang belum pernah diketengahkan di mana-mana premis taman
permainan di Malaysia. Dengan memiliki keluasan sebesar 16,000 kaki persegi
dengan puluhan ruang dan unit permainan yang pelbagai, Jr Sahara Playland
boleh dianggap sebagai taman permainan tertutup yang terbesar di Shah Alam.

Bermula dari Januari 2024, syarikat Pelangi Planet telah membentangkan konsep
taman tema yang menarik ini kepada pihak pengurusan AEON Shah Alam dan
kedua-dua pihak bersetuju memeterai perjanjian pada March 2024 lantas
memulakan fasa pembangunan dan konstruksi Jr Sahara Playland pada bulan April
2024 sehingga siap sepenuhnya pada September 2024 yang lalu. Malah, bermula
pada 3 Oktober 2024 baru-baru ini, Jr Sahara Playland sudah pun memulakan
pengoperasian penuhnya sebelum pembukaan rasminya pada hari ini. Sambutan
hangat dan maklum balas yang sangat-sangat positif telah kami terima dari
sepanjang 3 minggu awal yang lalu.

Dengan persefahaman baik diantara Pelangi Planet dan AEON Shah Alam yang
merasakan perlunya sebuah taman permainan kanak-kanak yang luas dan unik
berbanding taman-taman permainan lain yang setaraf dengannya di bandar
bandar lain yang berdekatan, Jr Sahara Playland dilihat mampu mengisi keperluan
bagi seluruh masyarakat, keluarga dan warga kanak-kanak di sekitar Shah Alam
khususnya untuk menjadikan Jr Sahara Playland, AEON Shah Alam sebagai lokasi
tarikan harian mahupun hujung minggu, lebih-lebih lagi pada musim cuti
persekolahan dan hari-hari sambutan perayaan.

Selain menawarkan rangkaian permainan yang menarik dan pelbagai untuk kanak
kanak meneroka dan bermain di dunia padang pasir yang menyeronokkan, Jr
Sahara Playland turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang mampu
memberi keselesaan kepada kanak-kanak, ibubapa dan seisi keluarga. Seluruh
kakitangan Jr Sahara Playland adalah terdiri dari mereka-mereka yang cukup
terlatih secara fizikal, mental dan psikologi dalam mengendalikan ‘”Tetamu
Tetamu VVIP” kami yang terdiri dari Kanak-Kanak @ Si Junior yang akan sentiasa
dirai dan diutamakan.

Jr Sahara Playland turut menawarkan Harga Tiket Termurah jika dibandingkan
dengan taman permainan tertutup yang setaraf dengannya di Malaysia. Syarikat
Pelangi Planet SB merasakan faktor kemampuan kewangan dan kos hidup yang
semakin meningkat di kalangan masyarakat, masih dapat diringankan melalui
kadar harga tiket yang masih mampu diperuntukkan oleh ibubapa bagi
perkembangan sihat anak-anak mereka.

Jr Sahara Playland mempunyai pelbagai perancangan akan datang bagi
memperbaiki mutu perkhidmatan kami selain menawarkan pelbagai program
program istimewa dari masa ke semasa. Antara inisiatif yang bakal kami bawakan
adalah dengan mewujudkan Program Sumbangan Syarikat / Korporat (CSR)
mahupun Sumbangan Peribadi untuk menaja dan membiayai pelbagai komuniti
kanak-kanak yang kurang upaya, yatim-piatu, miskin dan kurang bernasib baik
untuk mendapat peluang merasai pengalaman dan keseronokan bermain bersama
dengan kanak-kanak dan rakan sebaya mereka di Jr Sahara Playland.

Khusus bagi tempoh bermula 23 Oktober – 27 Oktober 2024 ini, bersempena
dengan Minggu Pelancaran Jr Sahara Playland, kami menawarkan promosi khas
‘Beli 1 Tiket (Kanak-Kanak), Percuma Tiket Ibubapa / Penjaga. Bagi golongan OKU
pula, kami memberikan kadar potongan Harga Khas Orang Kurang Upaya (OKU)
serendah Harga Anak Kecik (Toddler) yang berusia 2 tahun kebawah. Usaha ini
adalah bagi memastikan lebih ramai pengunjung menikmati peluang meneroka
keseronokan di Jr Sahara Playland termasuk golongan OKU.

Pihak Pelangi Planet Sdn Bhd Bersama seluruh Warga Jr Sahara Playland ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak AEON Shah Alam yang telah
bersama berkongsi visi dan misi yang sama dalam merealisasikan kewujudan Jr
Sahara Playland ini. Terima kasih kami juga diatas bantuan dan kemudahan
hebahan dan promosi yang telah dibuat sepanjang operasi tidak rasmi kami
sebelum ini, sehinggalah pada tarikh keramat 23 Oktober 2024 pada hari ini.
1

Semoga hari ini menjadi satu lagi detik penting bagi Pelangi Planet Sdn Bhd, Jr
Sahara Playland dan AEON Shah Alam merentas penerokaan dan kejayaan baru
kepada semua pihak termasuk masyarakat dan Kanak-Kanak @ Si Junior di Shah
Alam, Selangor… dan Malaysia.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Kongsi Pos Ini

ms_MYMalay